bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170Indeks Keharmonian Perusahaan atau Industrial Harmony Index (IHI) merupakan inisiatif Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) sebagai satu instrumen bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di antara majikan dan pekerja di negara ini.
Dalam suasana tempat kerja yang harmoni, wujud hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja dan juga kesatuan sekerja seperti saling hormat-menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan mengamalkan pengurusan sumber manusia yang baik. Skor daripada indeks ini secara tidak langsung membantu mengarus perdana usaha memelihara dan mempertingkatkan keharmonian perusahaan merentas industri nasional.
Skor yang diperolehi juga dijadikan sebagai penanda aras keharmonian perusahaan negara dan boleh diukur secara berkala agar trend keharmonian perusahaan negara boleh dipantau oleh pihak JPPM serta seterusnya dijadikan rujukan oleh majikan, kesatuan sekerja dan pelabur asing.
Selain itu, hasil keseluruhan dapatan indeks keharmonian perusahaan yang diperoleh boleh dijadikan rujukan kepada pihak JPPM dalam merangka pelan tindakan bagi meningkatkan keharmonian perusahaan di negara ini.
IHI telahpun berjaya didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai harta intelek rasmi milik JPPM pada 9 Julai 2019. Hasil Kajian IHI ini akan menjadi sumber data utama bagi indikator ‘Cooperation in Labor-Employer Relations’ dalam kajian indikator antarabangsa iaitu World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh International Management Development (IMD). Kajian indikator ini akan menentukan ranking daya saing negara yang amat penting untuk menarik pelabur asing dan pengukuhan ekonomi negara.
Bagi menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat pekerja dan pihak pengurusan syarikat dalam IHI, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan IHI iaitu dengan memperkenalkan penilaian kendiri iaitu Industrial Harmony Index Self-Assessment (IHI SA).
IHI SA merupakan suatu penilaian kendiri oleh syarikat yang mengambil kira pandangan pekerja dan wakil majikan sebagaimana Employee Engagement Survey yang dilaksanakan oleh pihak Sumber Manusia atau HR syarikat.
Pihak syarikat akan mempunyai Akaun Pengguna dan Dashboard syarikat sendiri apabila mendaftar untuk melaksanakan IHI SA ini.
Berdasarkan 24 Item (soalan) daripada lima (5) Dimensi Instrumen IHI yang telah dibangunkan oleh JPPM seperti berikut:
01 |
Hubungan Memupuk (Nurturing Relationship) – 6 item
Merujuk kepada usaha pekerja dan majikan untuk membina dan mengekalkan hubungan baik yang berterusan sesama mereka. |
02 |
Keterhubungan (Connectedness) - 5 item
Merujuk kepada ikatan bersama atau keakraban antara pekerja dan majikan. |
03 |
Saling Bekerjasama (Mutual Cooperation) – 3 item
Merujuk kepada kesanggupan ahli untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti mereka dalam usaha untuk membantu semua ahli mencapai matlamat mereka. |
04 |
Saling Berdamai (Mutual Peacemaking) – 5 item
Merujuk kepada kesediaan pekerja dan majikan dalam membantu mencegah,menyelesaikan atau mengurangkan konflik yang tidak membina antara pekerja dan majikan. |
05 |
Bertanggungjawab (Being Responsible) – 5 item
Merujuk kepada rasa tanggungjawab organisasi dan pekerja dalam menunaikan janji dan dalam menjalankan kewajiban mereka. |
Berdasarkan 24 Item (soalan) daripada lima (5) Dimensi Instrumen IHI yang telah dibangunkan oleh JPPM seperti berikut:
| Tahap Keharmonian Perusahaan | Julat Skor Peratusan (%) |
|---|
IHI Nasional telah dilaksanakan oleh JPPM bermula pada tahun 2017 secara tahunan sehingga tahun 2020. Manakala bagi tahun 2022, IHI Nasional ini telah dilaksanakan pertama kalinya secara dwi tahunan.
Pihak syarikat boleh menggunakan perkhidmatan IHI SA yang dibangunkan oleh JPPM pada setiap tahun dan ianya adalah percuma.
Semua syarikat dan pekerja di Malaysia adalah dijemput untuk terlibat menjawab survei IHI bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada IHI Nasional.
Semua syarikat dan pekerja di Malaysia adalah layak dan digalakkan untuk menjalankan IHI SA bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan.
Hebahan IHI Nasional akan dibuat di portal rasmi JPPM atau boleh melayari pautan https://iris.mohr.gov.my/login
Sebarang pertanyaan berkaitan IHI ini boleh menghubungi talian di bawah:
Penyertaan dan pendaftaran untuk IHI SA ini boleh dilayari di pautan https://iris.mohr.gov.my/login
Sebarang pertanyaan berkaitan IHI SA ini boleh menghubungi talian di bawah:
Pemantauan keharmonian negara menerusi IHI Nasional akan dapat membantu Jabatan dan Kementerian Sumber Manusia mengatur pelan strategik dalam mempertingkatkan dan memperbaiki hubungan pekerja-majikan dalam negara. Ini secara tidak langsung dapat memelihara suasana perhubungan pekerja-majikan yang kondusif, positif dan harmoni yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan usaha untuk meningkatkan produktiviti negara.
1. Memperolehi survei penilaian syarikat secara PERCUMA.
2. Syarikat mempunyai Dashboard sendiri bagi memperolehi fungsi-fungsi berikut:
3. Menikmati hebahan dan analisis survei yang sistematik dan unbiased daripada pihak ketiga (JPPM).
4. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan tahap keharmonian syarikat melalui Kad Laporan IHI SA.
5. Memperbaiki hubungan baik antara majikan dan pekerja bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja dan organisasi secara menyeluruh.
6. Menjadi salah satu pelaporan penilaian syarikat kepada pengurusan tertinggi dan pemegang taruh syarikat.
7. Meningkatkan imej syarikat melalui SPSH dan seterusnya menarik minat pelabur dan pencari kerja.
Skor tahunan IHI Nasional boleh dirujuk di pautan https://portal.iris.aplikasi.cc/ihi-dapatan-ihi-nasional-dan-ihi-self-assessment/