Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170
JPPM | Official Portal

JPPM Sedia Membantu Anda

Komitmen Kami: Sokongan Penuh untuk Anda

Pembuangan Kerja (EMS)

Jika anda merasa diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa sebab munasabah, boleh mengemukakan representasi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembuangan kerja.

Pertikaian Perusahaan (EMS)

Pertikaian antara majikan dan pekerja yang melibatkan isu-isu berkaitan pekerjaan, bukan pekerjaan, terma dan syarat pekerjaan, serta peraturan kerja di tempat kerja.

Tuntutan Pengiktirafan (EMS)

Sesebuah kesatuan sekerja yang berdaftar perlu diiktiraf oleh majikan sebelum memulakan perundingan kolektif agar boleh menjadi wakil pekerja dalam usaha meningkatkan perhubungan perusahaan di tempat kerja.

Isu Kapasiti (EMS)

Proses untuk mengenalpasti sama ada pekerja yang diwakili oleh sesebuah kesatuan sekerja berkenaan digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, sulit atau keselamatan.

Pelanggaran Hak-Hak Berkesatuan (EMS)

Pengendalian aduan di bawah Seksyen 8 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melibatkan ketidakpuasan atau rungutan berkaitan dengan layanan yang tidak adil atau penindasan yang melibatkan pihak majikan, kesatuan sekerja majikan, pekerja kesatuan sekerja, atau mana-mana orang seperti hak pekerja dan majikan.

Hak Berunding Tunggal (EMS)

Pekerja hanya perlu memilih satu kesatuan sekerja yang berdaftar dengan majikan untuk mewakili mereka dalam perundingan kolektif kerana hanya satu kesatuan sekerja mempunyai hak mutlak bagi tujuan tersebut.

Tindakan Perusahaan (EMS)

Kegagalan dalam perundingan berkemungkinan membawa kepada tindakan perusahaan oleh kesatuan sekerja pekerja, kesatuan sekerja majikan atau majikan berasaskan undang-undang yang perlu dipatuhi.

Daftar Aduan

Saluran rasmi bagi sebarang aduan yang ingin dikemukakan melibatkan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Industrial Relations

Information System (IRIS)

IRIS: Modul EMS

Menguruskan kes yang berkaitan dengan pemecatan kerja, pertikaian di tempat kerja dan isu-isu lain di bawah Bahagian Perundangan JPPM.

IRIS: Modul EKEP

Mengurus dan mengendali aktiviti keharmonian perusahaan di JPPM seperti lawatan harmoni ke syarikat dan program dialog sosial di antara JPPM, majikan, pekerja dan Kesatuan Sekerja.

Sistem bersepadu yang merangkumi semua fungsi dan operasi JPPM boleh diakses secara Single Sign-On (SSO) dan mempunyai pangkalan data berpusat sistematik yang memudahkan capaian secara atas talian dan real-time.

IRIS memperluaskan outreach sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada rakyat tanpa sempadan lokasi, masa dan apa juga keadaan semasa.

IRIS: Modul IHI

Mengukur tahap hubungan pekerja dan majikan di Malaysia dan merupakan harta intelek rasmi pertama JPPM yang telah didaftarkan di bawah MyIPO.

IRIS: Modul SIR

Merangkumi pelbagai aktiviti pengurusan seperti pengurusan aduan dan kepuasan pelanggan yang terbuka kepada orang awam manakala submodul lain adalah untuk kegunaan dalaman JPPM.

Produk Keharmonian Perusahaan

Mengukuhkan Hubungan Kerja yang Harmoni

Sebuah mekanisme pengukuran keharmonian antara majikan dan pekerja di Malaysia. Skor IHI membantu memantau keharmonian perusahaan dan menjadi rujukan bagi majikan, kesatuan sekerja, dan pelabur asing.

logo-ihi

Sebuah modul latihan kesedaran berkaitan keharmonian perusahaan yang komprehensif, efektif dan terkini bagi meningkatkan kepakaran pegawai perunding Jabatan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

IRIS-Log-Masuk

Panduan dalam memperbaiki perhubungan pekerja serta mewujudkan sistem perhubungan perusahaan yang adil dan saksama bagi semua pihak yang berkepentingan.

IRIS-Log-Masuk

Satu sistem yang mewujudkan hubungan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.

IRIS-Log-Masuk

Sebuah sistem yang membolehkan majikan dan pekerja bekerjasama dalam membuat keputusan penting dalam syarikat seperti dalam tadbir urus tempat kerja.

IRIS-Log-Masuk