Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170
JPPM | CODET: Introduction

Co-Determination (CODET)

What is Co-Determination?

Co-determination atau penetapan bersama mengikut kamus Cambridge merujuk kepada satu sistem di mana kedua-dua pihak majikan dan pekerja bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan penting di dalam syarikat. Jika dilihat model tadbir urus di beberapa negara termasuklah di Amerika, syarikat biasanya dikawal oleh pemilik atau pemegang saham dengan matlamat utama untuk memaksimumkan kesejahteraan pemilik atau pemegang saham. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perhatian mula diberikan kepada sistem tadbir urus alternatif, iaitu model co-determination yang mana dilihat dapat menyeimbangi pengaruh pemilik atau pemegang saham dengan pekerja. Bahagian ini akan membincangkan dengan mendalam mengenai konsep dan amalan co-determination.

 

Co-determination di Malaysia masih baharu diperkenalkan bagi membawa aspirasi RMKe-12 yang menyokong usaha Kerajaan untuk memupuk penglibatan wakil pekerja dan majikan secara bersama pada peringkat membuat keputusan. Garis Panduan Amalan Co-determination Vol.1 22 Jun 2023 yang telah dibangunkan oleh JPPM; telah mengambil kira faktor co-determination sebagai masih di peringkat pengenalan.  JPPM mendefinisikannya sebagai usaha pihak majikan dan pekerja untuk berkolaborasi dan membuat keputusan bersama meliputi aktiviti formal dan tidak formal dalam sesebuah syarikat. Dapatan KLIHI 2023 mendapati definisi ini adalah selari dengan kerangka Model Perwakilan Pekerja yang dibangunkan dalam kajian ini.

 

Model ini merupakan struktur hierarki perwakilan pekerja yang bermula dengan Tahap 1: Kolaborasi Informal, seterusnya Tahap 2: Kesatuan Sekerja, kemudian Tahap 3: JCC dan peringkat tertinggi iaitu Tahap 4: Co-Determination. Pada tahap 1, syarikat bergantung kepada kolaborasi informal tanpa badan perwakilan rasmi. Ini merupakan tahap majoriti syarikat yang berada di Malaysia terutamanya syarikat PKS dan Mikro.  Pembangunan model ini memudahkan JPPM menyediakan kaedah pelaksanaan co-determination yang berbeza berdasarkan tahap perwakilan pekerja masing-masing.