Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Sila lihat Penyahpijatan dalam WordPress untuk maklumat lanjut. (Mesej ini ditambah dalam versi 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170
JPPM | PLWS: Pengenalan

Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS)

Apa itu PLWS?

Satu sistem yang mewujudkan hubungan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.
Membolehkan pekerja menikmati bahagian yang sewajarnya hasil daripada peningkatan produktiviti dan memperbaiki kualiti kehidupan pekerja.
Memberi faedah kepada pekerja dan majikan.

Sehingga hari ini terdapat:

100209
Majikan yang telah melaksanakan PLWS
6290785
Pekerja yang telah menikmati faedah PLWS

Angka ini telah menunjukkan ramai majikan telah berminat untuk melaksanakan PLWS. Produktivti merupakan salah satu faktor utama dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara serta taraf kehidupan penduduknya. Oleh itu peningkatan dalam produktiviti adalah strategik utama dalam mempertingkatkan daya saing ekonomi negara dan dalam masa yang sama dapat membantu syarikat meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka. Menyedari kepentingan dalam mempertingkatkan produktiviti syarikat dan negara, kerajaan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah memperkenalkan PLWS dan aktif mempromosikan PLWS.

Mengapa PLWS?

01

Mewujudkan kaitan yang lebih dekat antara gaji dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing.

02

Memastikan kenaikan gaji seiring dengan pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi.

Faedah PLWS

Lihat Senarai Faedah

01

Pembayaran gaji akan diselaraskan mengikut prestasi ekonomi dan ini akan mengurangkan impak negatif ke atas majikan dan pekerja.

02

Memastikan kestabilan pekerjaan dan mengurangkan kebarangkalian pemberhentian semasa kelembapan ekonomi.

03

Mewujudkan situasi adil bagi kedua-dua pihak.

04

Membolehkan syarikat-syarikat untuk menyesuaikan dasar mereka mengikut keadaan ekonomi semasa.

05

Meningkatkan pengkhususan pekerjaan mengikut kemahiran dan meningkatkan kerjaya pekerja.

06

Meningkatkan motivasi pekerja dan kepuasan kerja.

Faedah Implementasi PLWS