bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Sila lihat Penyahpijatan dalam WordPress untuk maklumat lanjut. (Mesej ini ditambah dalam versi 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170Di bawah Akta 177, terdapat mekanisme penyelesaian pertikaian perusahaan yang membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan isu yang dipertikaikan secara harmoni sama ada secara bilateral atau tripartite. Namun begitu, tidak semua isu pertikaian perusahaan dapat diselesaikan secara harmoni. Kegagalan dalam perundingan berkemungkinan membawa kepada tindakan perusahaan oleh kesatuan sekerja pekerja, kesatuan sekerja majikan atau majikan.
Akta 177 tidak menghalang hak pihak yang bertikai untuk melaksanakan tindakan perusahaan. Walau bagaimanapun, terdapat peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan tindakan perusahaan. Tindakan perusahaan sewajarnya menjadi pilihan terakhir dalam menyelesaikan sebarang pertikaian perusahaan.