bridge domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Sila lihat Penyahpijatan dalam WordPress untuk maklumat lanjut. (Mesej ini ditambah dalam versi 6.7.0.) in /app/wp-includes/functions.php on line 6170Pada 16 Feb 2024, satu sesi perkongsian ilmu telah dijalankan di Jabatan Perhubungan Perusahaan, Pulau Pinang. Sesi perkongsian ini dijalankan bagi memberikan pendedahan awal mengenai proses kerja Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja kepada pegawai-pegawai yang baharu ditempatkan di JPP Pulau Pinang. Sesi perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Shariffudin Padzil, Ketua Penolong Pengarah, JPP Pulau Pinang. Sesi perkongsian ini merangkumi taklimat ringkas objektif pengiktirafan sesebuah kesatuan sekerja sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Selanjutnya, penerangan diberikan mengenai kriteria untuk memberi pengiktirafan dan langkah-langkah awal mengemukakan tuntutan pengiktirafan (Borang A) oleh kesatuan, tanggungjawab majikan terhadap notis tuntutan dalam tempoh 21 hari untuk memberikan maklumbalas, penyerahan Borang B oleh majikan dan pengesahan dari Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja syarikat.